Sedar tak sedar, dah tiba bulan Ramadhan.

“Semoga kita dipanjangkan usia agar dapat bertemu bulan Ramadhan pada tahun ini dan tahun-tahun berikutnya.”

Dan seperti biasa, bila tiba bulan Ramadhan, ramai yang akan cuba untuk menjana pendapatan tambahan atau sampingan dengan cara berniaga.

Kalau anda ada terfikir untuk buat bisnes raya untuk tambah pendapatan, cari duit raya, inilah waktunya untuk anda mulakan langkah.

Dalam artikel ini saya sediakan 10 Idea Bisnes Raya Yang Laku Keras. Kalau anda buat salah 1 bisnes ni je pun dah masyuk dah. InsyaAllah, anda boleh lah beraya dengan senang hati. Dapat belikan baju baru untuk anak-anak. Budak-budak kan happy bila dapat baju baru. Diorang pun dah tahu dah, bila raya kena pakai baju baru. Duit raya untuk anak-anak pun bolehlah anda bagi lebih banyak berbanding tahun lepas, kan. Sedekah budak-budak. Seronok kan  🙂

Ok, jom baca 10 Idea Bisnes Raya ni. Dah habis baca, pilihlah mana yang anda nak buat. Kemudian, ambil tindakan. Jangan berangan je nak ada bisnes raya yang masyuk, tapi tak nak buat apa-apa. Nanti, apa pun tak jadi. Hehe 🙂

10 Idea Bisnes Raya Laku Keras Yang Anda Boleh Terus Mulakan Sekarang

.

Idea Bisnes Raya  #1 – Bisnes Air Balang

Bisnes air balang ni, kos rendah, tapi untung hampir 100%.

Satu perkara yang anda perlu tahu, bisnes air ini untungnya BESAR. Kos permulaan serta kos harian untuk menjalankan bisnes air ini juga agak rendah.

Anda boleh memulakan bisnes air balang ini dengan modal permulaan di bawah RM1,000.  (Kos membeli kanopi, meja, serta balang air)

Manakala, kos untuk membuat air pula, sekitar RM100 setiap hari, (bergantung kepada jenis air yang anda mahu jual).

Sebagai contoh…

Jika anda mahu menjual air soya :

kos untuk membeli 1kg kacang soya dan 2 beg ais = RM12 sahaja.

Namun setelah diproses menjadi air soya dan dimasukkan ke dalam balang air untuk dijual, anda boleh menjualnya sebanyak 120 cawan.

Jika setiap cawan di jual dengan harga RM1.00.

Bermakna, untung anda = RM 108.

Begitu juga dengan air-air yang lain. Kadar keuntungan kasar bisnes air ini selalunya adalah 500% ke atas berbanding kos modal yang dikeluarkan.

Macam Best Je Bisnes Jual Air Ni… Masyuuuk!

Ya, memang best pun! Kalau anda berminat nak dapat untung banyak buat bisneas air balang ni, klik je butang di bawah ni untuk belajar lebih detail macam mana nak maksimakan keuntungan bisnes air balang ni.

===> Jika anda berminat untuk buat bisnes air balang, Klik Sini Untuk Belajar Bagaimana Bina Bisnes Air Balang Yang Hasilkan 7 Angka 

.

Idea Bisnes Raya  #2 – Bisnes Baju Raya

Bila tiba hari raya je mestilah baju raya yang dicari, kan?

Bukan budak-budak je nak baju raya baru. Mak ayah budak pun nak baju raya baru juga kan? Memang ada yang pakai je baju apa yang ada. Tapi, kebanyakan kita akan beli baju raya baru.

Jadi, kalau anda boleh nampak inilah lubuk emas, ambillah kesempatan daripada permintaan yang sedang tinggi ni. Baju raya ni bukan orang cari masa nak raya je. Tapi tetap orang cari untuk ke majlis perkahwinan, event-event rasmi office dan ada juga yang cari baju kurung untuk buat pakai saja-saja.

Senang cakap, baju kurung sentiasa dapat permintaan sepanjang tahun. Cuma bila time raya puasa dan raya haji ni, memang permintaan terlebih-lebih.

So, ambil kesempatan dikala permintaan paling tinggi ni. Juallah baju raya. Tak ada modal duit nak beli stok baju raya? Anda boleh join agen dropship baju raya. Tak perlu simpan stok banyak, tak perlu modal duit banyak. Anda boleh terus jual, dan dapat komisen untuk setiap pasang baju yang anda berjaya jual.

==> Minat Nak Jual Baju Kurung Tapi Tak Ada Modal? Klik Sini Untuk Daftar Agen Dropship Baju Raya Tanpa Simpan Stok & Tanpa Modal Besar 

.

Idea Bisnes Raya  #3 – Bisnes Tudung

Dah beli baju raya, mestilah cari tudung pula kan?

Tudung memang sangat sinonim dengan wanita. Untuk wanita yang bertudung, biasanya mereka sentiasa membeli tudung walaupun dah penuh almari dengan tudung. Kenapa? Sebab, biasanya, 1 tudung biasanya di pakai untuk 1 baju sahaja. Ada juga beberapa helai tudung nak digayakan dengan satu-satu baju yang dipakai. Itu kalau hari-hari biasa, bukan hari raya.

Kalau hari raya, lagilah sakan wanita-wanita shopping tudung. Sebab, biasanya wanita mencari tudung yang matching dengan baju raya yang dibelinya.

Takkan asyik nak pakai tudung yang sama je kan? Memang boring lah. Baju dah baru, tudung pun mestilah nak baru juga kan?

Jadi, kalau anda jual tudung, memang ramai yang akan beli. Anda hanya perlu belajar macam mana nak lariskan tudung yang anda jual. Penting juga untuk anda tahu, tudung apa yang laku keras supaya stok tudung anda jalan laju. 

Tak semestinya anda jual tudung dekat bazaar Ramadhan je, atau kat kedai kepunyaaan anda sendiri. Anda juga boleh jual tudung secara online (tanpa premis). Jual dari rumah je pun boleh. Asalkan anda tahu cara nak jual tudung anda secara online.

>> Klik Sini Untuk Belajar Bagaimana Jana Untung RM 15 Ribu Sebulan Menjual Tudung, Walaupun Tanpa Premis 

.

Idea Bisnes Raya  #4 – Bisnes Kuih Raya

10 idea bisnes raya laku keras bisnes kuih raya biskut raya

Tak lengkap lah raya kalau tak ada kuih raya, kan? Walaupun kadang-kadang tetamu datang rumah bukan nak makan kuih raya sangat pun, tapi kalau datang rumah orang tak ada kuih raya atas meja, tu memang dah semacam pelik lah kan.

Tuan rumah pun, rasa something wrong somewhere je kalau takde kuih raya. Bisnes kuih raya lah antara bisnes yang masyuukkkk time-time nak raya ni.

Ada orang yang bila nak raya je, dia bisnes kuih raya. Hari lain, dia teruskan pekerjaan hakiki dia. Tak kiralah kerja kerajaan ke, atau kerja swasta. Pergi office pun ambil order kuih raya. Duit gaji pun dapat, duit bisnes kuih raya pun dapat. Best ke best?

Amacam? Berminat nak mulakan bisnes bakeri dari rumah?

==> Klik Sini Untuk Belajar Bagaimana Bina Bisnes Bakeri Dari Rumah (Suri Rumah / Wanita Bekerjaya Pun Boleh Buat)

.

Idea Bisnes Raya  #5 – Bisnes Makanan

Untuk bisnes makanan ni, bukan setakat boleh jual kat bazaar je, jual buat delivery rumah ke rumah di sekitar kawasan taman tempat tinggal anda pun boleh. Macam-macam makanan anda boleh jual. Nak jual makanan basah pun boleh, makanan kering pun boleh, nak jual makanan frozen pun boleh.

Makanan frozen (sejuk beku) turut dapat permintaan yang tinggi di bulan Ramadhan dan bulan Syawal. Ye lah, senang, kalau terlambat bangun sahur, masak je makanan frozen. Sekejap je dah siap untuk dimakan. 

Bila dah raya pula, kalau ada simpan makanan frozen ni senang. Kalau tiba-tiba ada tetamu datang, masak je makanan frozen ni. Ringkas dan cepat! 

.

Idea Bisnes Raya  #6 – Bisnes Telekung

Ni satu lagi bisnes yang anda boleh buat bila tiba bulan Ramadhan. Bisnes telekung! Bulan Ramadhan kan ramai wanita solat tarawikh. Mestilah nak pakai telekung yang elok-elok ke masjid. Kalau baju dan tudung boleh beli banyak, why not beli telekung banyak juga kan. Feel pakai tudung baru ni best tau. 

Lagi pun, boleh juga beli telekung lebih untuk waqaf ke surau / masjid. Atau berikan kepada mak, adik beradik, rakan-rakan atau saudara-mara. Bulan Ramadhan kan pahala berlipat kali ganda setiap amalan. Banyakkan bersedekah. Jadi, mesti ramai yang nak sedekahkan telekung. 

Tambahan pula, telekung baru ni, bawa beraya sana sini pun best. Raya raya juga, solat, solat juga kan. Kewajipan tu! 

Jadi, telekung pun tinggi juga demand di bulan puasa dan raya ni 🙂

Cubalah jual telekung!

.

Idea Bisnes Raya  #7 – Bisnes Produk Skincare dan Kosmetik

10 idea bisnes raya laku buat duit raya bisnes produk kecantikan kosmestik

Siapa yang tak nak cantik? Siapa yang tak nak muka bersih flawless? Bukan perempuan je nak muka bersih bebas dari jerawat dan jeragat. Lelaki pun nak juga!

Lagi-lagi bila time nak raya ni kan. Beraya sana sini, jumpa sanak-saudara, rakan-taulan ramai. Malulah kalau muka tu bermasalah, kan. 

Jadi, jual produk skincare dan juga produk kosmetik time ni memang right timing. 

Cubalah! Cari produk skincare yang bagus untuk dijual. Jadi agen dropship je pun boleh. Tak perlu keluarkan modal yang banyak untuk simpan stok. 

Berminat nak jual produk kecantikan?

==> Klik Sini Untuk Daftar Agen Dropship Produk Skincare Semulajadi Yang Berkualiti & Terbukti Berkesan 

.

Idea Bisnes Raya  #8 – Bisnes Jahit Baju Raya

Bisnes yang ni memang confirm-confirm laku keras. Biasanya nak raya tailor lah yang paling busy. Ye dok? Mana tak nya, tempahan bertimbun-timbun, sampaikan ada yang baju raya sendiri pun tak sempat jahit. Hihi….

Tapi inilah lubuk rezeki untuk yang pandai menjahit baju. Alhamdulillah. Rezeki Allah nak bagi kan. 🙂

Yang tak pandai menjahit tu, boleh lah belajar menjahit. 

Atau kalau tak minat menjahit, boleh pilih bisnes raya lain yang saya dah senaraikan ni 🙂 

.

Idea Bisnes Raya  #9 – Bisnes Jahit Langsir

Untungnya Bisnes Langsir. Haa… mestilah kan. Bila nak raya ni lah, mak-mak nak tukar langsir baru. Kalau tak tukar langsir baru, rasa macam rumah tu tak ready je untuk raya kan. Langsir baru, suasana rumah pun bertukar baru.

Nampak peluang untuk buat duit besar ada dekat langsir ni? Macam dalam tajuk akhbar Kosmo! Online ni,  “Tempahan Langsir Tidak Pernah Surut”. Haaa… kalau dah start buat bisnes langsir ni, bukan je masa raya baru orang nak order, tak raya pun tetap ada orang order. Masyuk kan?

.

Idea Bisnes Raya  #10 – Bisnes Kereta Sewa

.

Sebenarnya ramai je keluarga yang nak beraya tapi tak ada kereta. Jadi, bila nak raya ni, ramai yang akan cari kereta sewa. Haa… anda ada kereta lebih?. Kalau tak pakai time raya tu, sewakanlah kepada orang. Boleh dapat side income. 

Kalau tak ada kereta lebih pun, anda masih lagi boleh jalankan bisnes kereta sewa. Dengan cara jadi agen kereta sewa. Cuba cari siapa yang ada buat perkhidmatan kereta sewa. Cuba tanya mereka, boleh tak anda jadi agen mereka. Jika, boleh, kerja anda hanya promote dan dapatkan customer untuk mereka 🙂

.

KESIMPULAN

Haa… banyak betul bisnes raya laku keras yang anda boleh buat untuk dapatkan duit raya yang banyak. Peluang ada depan mata sebenarnya. Ramai yang ambil peluang keemasan ini untuk menampung perbelanjaan kehidupan seharian, bukan untuk perbelanjaan raya sahaja. 

Raya dah semestinya menelan belanja yang tinggi. Lebih-lebih lagi untuk yang raya jauh-jauh. Jika anda benar-benar nak duit lebih, pilih lah mana-mana bisnes raya yang anda minat dan boleh lakukan.

Anda nak tengok je ke orang lain buat duit?

Tak nak ke buat duit raya banyak-banyak?

Buat aje! Mulakan langkah sekarang! Klik je mana-mana link yang saya ada sertakan di sini untuk bisnes yang anda berminat kalau anda betul-betul nak mulakan bisnes raya, tapi tak tahu mana nak mula. 

p/s: Saya dulu ketika jadi student U, saya mulakan bisnes raya dengan jual baju raya. Alhamdulillah, 50 pasang baju terjual dalam tempoh 3-4 minggu sahaja. Tu bisnes part time. Sekarang saya full time buat bisnes online 🙂  

.

Jika Anda Masih Blur-blur Tak Tahu Nak Jual Apa…

Anda boleh dapatkan info lengkap mengenai cara untuk cari PRODUK HOT yang sedang dicari-cari oleh rakyat Malaysia Sekarang ini di website www.SpyProdukHot.com

spy produk hot malaysia-ecoverfullKLIK SINI Untuk Spy Produk HOT Sekarang

.

Kalau anda rasa 10 idea bisnes raya ni bermanfaat, tolonglah share dengan rakan-rakan anda ya. Mana tahu anda dapat membantu orang lain yang dalam kesesakan.

DOWNLOAD FREE Ebook Teknik menjual
Masukkan nama dan emel anda di bawah untuk dapatkan tips Teknik Menjual yang Dapat Tingkatkan Jualan Anda 2x Ganda dalam 12 Bulan.