11 Cara Tingkatkan Keyakinan Prospek Terhadap Produk dan Bisnes Anda

 

SUSAH SANGAT KE NAK BUAT PROSPEK YAKIN TERHADAP PRODUK DAN BISNES ANDA?

Ramai peniaga terutamanya yang buat bisnes online (menggunakan media online) untuk pemasaran, sering mengeluh.

Mengeluh… “saya dah buat iklan, kat group sana-sini, dah buat fb ads, tapi tak ramai pun orang yang beli!. Huhu… #nanges”.

Kalau nak diikutkan, tidaklah terlalu sukar untuk meningkatkan keyakinan prospek terhadap produk dan bisnes anda, jika anda tahu caranya.

Anda perlu faham, sebelum membeli sesuatu produk, orang mestilah perlu percaya pada produk dan penjualnya (anda).

Barulah mereka berani nak berikan duit pada anda.

Jadi, anda perlu buatkan mereka percaya pada anda.

Sesiapa sahaja biasanya 1000X akan membeli sesuatu
berdasarkan saranan daripada orang yang mereka PERCAYA
daripada orang yang tidak dikenali langsung! ~ Mohd Nizam

Persoalannya, bagaimana nak buat prospek percaya?

Dalam artikel ini, saya akan terangkan 11 cara yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan keyakinan prospek terhadap produk dan bisnes anda, seperti yang dikongsikan oleh Sifu FB Ads.

Teruskan membaca sehingga habis ye…

11 Cara Tingkatkan Keyakinan Prospek Terhadap Produk dan Bisnes Anda

 

1) VIDEO DEMO CARA MENGGUNAKAN PRODUK  

Menunjukkan video demo cara menggunakan produk yang anda jual dapat meningkatkan keyakinan prospek terhadap produk anda.

Apabila anda menunjukkan dengan jelas cara menggunakan produk tersebut, anda akan kelihatan sebagai seorang pakar.

Kadang-kadang, prospek sudah maklum tentang produk anda.

Tetapi mereka tidak tahu cara menggunakannya.

Ini akan membuatkan mereka rasa terbantut untuk membeli produk tersebut dari anda.

Jadi, video demo cara menggunakan produk dapat membantu meningkatkan pemahaman mereka tentang produk, dan menyebabkan mereka rasa tertarik untuk membeli.

Contoh : Produk kosmetik – CC Cream.

Anda boleh buat video demo cara betul sapu CC Cream di muka.

Selain dari demo cara penggunaan, anda juga boleh buat video demo produk sedang digunakan.

 

2) PROFILE PICTURE

Jika bisnes anda adalah bisnes yang melibatkan servis, anda perlu menggunakan gambar anda sendiri sebagai profile picture.

Apabila orang lihat, mereka lebih percaya.

Melihat gambar owner sendiri, akan menerbitkan rasa emosi, lebih touching dan rasa personal.

Seterusnya meningkatkan TRUST.

 

3) SOCIAL PROOF

Lebih banyak fan di page anda, anda akan lebih dipercayai

Selain dari itu, jumlah komen yang banyak juga, ibarat trafik yang singgah.

Contoh :

Di bazaar Ramadhan ada banyak gerai.

Gerai Ayam Percik A ada ramai orang yang beratur, walaupun hiasan gerai biasa-biasa je.

Gerai B lebih cantik dari Gerai A, tetapi ada beberapa orang sahaja yang beratur.

Gerai C tak cantik dan lengang. Tiada orang yang beratur.

Gerai mana yang anda akan tuju, jika anda mahu beli ayam percik ketika itu?

Pasti anda akan datang ke Gerai A, kan?.

Begitulah.

Apabila ramai orang di sesuatu kedai, ia akan mewujudkan rasa ingin tahu, mewujudkan rasa minat.

Jadi, jumlah fan dan komen yang banyak, akan mewujudkan trust.

 

4) FAKTA

Terlalu banyak produk yang sama dipromosikan di sana-sini akan menyebabkan prospek rasa skeptikal.

Contoh :

Produk kuruskan badan.

Ada beratus-ratus produk kuruskan badan di pasaran.

Semuanya menjanjikan result yang sama – kurus dalam 3 hari. Kurus dalam 5 hari tanpa bersenam.

Jadi, bila semuanya sama, ianya akan mewujudkan skeptical.

Orang rasa tak boleh percaya. Betul ke produk ni?. Ye  ye je, sama je macam produk lain!

Jadi, salah satu cara yang anda boleh buat untuk tingkatkan trust ialah – masukkan fakta.

Anda boleh memasukkan fakta dari kajian atau maklumat dari pakar.

Contoh :

Produk kuruskan badan berasakan ginseng.

Anda boleh terangkan dengan menggunakan fakta – bagaimana ginseng boleh bantu proses kurangkan berat badan.

Ia boleh membantu mengurangkan skeptical.

Seterusnya membantu meningkatkan trust.

 

5) TESTIMONI

Semakin banyak testimoni di fan page, semakin orang percaya.

Apabila anda buat FB Ads, anda perlua banyakkan testimoni.

Contoh :

Pada gambar iklan, ada testimoni.

Anda boleh juga buat satu folder testimoni dalam fanpage, dan masukkan semua testimoni yang anda ada.

Testimoni memainkan peranan yang sangat penting untuk meningkatkan trust.

Antara penjual sendiri kata produknya bagus, dengan kawan anda kata produk tu bagus, dia dah gunakan dah, yang mana satu yang anda akan lebih percaya?

 

6) REAL

Tunjukkan bisnes anda adalah betul-betul real bisnes.

Upload gambar aktiviti bisnes di fanpage anda.

Contoh :

Upload gambar stok produk, bungkusan parcel, gambar staf yang sedang buat kerja, gambar kedai, gambar mesin-mesin yang digunakan, gambar klien datang kedai atau gambar supplier.

Jadi, ianya akan mewujudkan satu situasi di mana mereka akan melihat bisnes anda benar-benar wujud.

 

7) OWNER

Jika anda menjual produk produk pakaian, tak sesuai untuk meletakkan gambar owner sebagai profile picture.

Tapi, anda boleh upload gambar owner dalam page.

Anda boleh upload gambar anda sedang berurusan dengan staff, sedang berurusan dengan klien, sedang melayan customer dan sebagainya.

Untuk membuat prospek anda lebih kenal anda, masukkan nama gelaran anda dalam page.

Contoh :

Page Tuffa Tuffa menbahasakan dirinya sebagai Sis Tufa

Page CaryaZara menbahasakan dirinya sebagai Kak Nik.

 

8) AUTHORITY

Jika anda pernah masuk surat khabar, tv, mahupun majalah, anda boleh upload keratan akhbar, keratan majalah, atau gambar berkenaan ke dalam page untuk meningkatkan TRUST.

Selain itu, jika anda ada memenangi Award, anda juga boleh upload di page.

Anda boleh upload semua kejayaan-kejayaan yang anda telah capai.

Selain dari iut, jika ada pakar-pakar yang menggunakan produk anda, atau testimoni dari artis yang menggunakan produk, anda upload sahaja gambar mereka dengan produk anda.

Testimoni dari artis terkenal juga boleh membantu meningkatkan autoriti.

Secara tak langsung, akan membantu untuk ramai orang lain menggunakan produk anda.

Ia akan mewujudkan trust yang sangat tinggi. Cubalah!

 

9) KONSISTEN

Kepercayaan tidak boleh dibina dalam masa 1 hari, 2 hari, 3 hari…

Ianya perlu dibuat secara konsisten (berterusan).

Ingat! Berterusan!.

Untuk membina kepercayaan, ianyan memakan masa berbulan-bulan lamanya.

Antara yang anda boleh buat secara konsisten agar orang ramai mempercayai produk dan bisnes anda ialah, like marketing yang berterusan.

Iklan yang berterusan.

Update di fanpage secara berterusan.

Buat semua ini secara konsisten.

Apabila anda buat secara konsisten, orang akan lebih kerap melihat kemunculan anda di Facebook, di Fanpage, di News Feed mereka.

Seterusnya, TRUST akan semakin meningkat.

 

10) JAMINAN
Anda boleh berikan jaminan kepada prospek.

Sebagai contoh :

Jika produk tak berkesan, wang akan dikembalikan 100%.

Ataupun, anda juga boleh memberikan customer support warranty.

Jaminan akan membantu meningkatkan TRUST, kerana prospek akan rasa, tiada risiko untuk mereka mencuba.

 

11) RELATIONSHIP

Relationship adalah komunikasi dua hala.

Contoh :

Jika audience bertanya di Fanpage, anda response dengan segera.

Jika mereka ada masalah, anda jawab masalah mereka.

Ketika anda jawab, akan berlaku komunikasi.

Apabila berlaku komunikasi, wujud relationship.

Apabila relationship anda dengan prospek bagus, keyakinan prospek terhadap anda akan meningkat.

Jadi, itulah dia kesemua 11 tips yang anda boleh gunakan untuk meningkatkan TRUST.

Kesemua 11 cara ini, tidak semestinya anda gunakan di fan page anda sahaja. 

Jika anda ada blog / website, anda juga boleh mnegggukana kesebelas cara ini. 

Sebagai kesimpulan, saya ulang semua 11 langkah penting dalam artikel ini :

1) Demonstrasi
2) Profile Picture
3) Social Proof
4) Fakta
5) Testimoni
6) Real
7) Owner
8) Autoriti
9) Konsisten
10) Jaminan
11) Relationship

Jika anda menggunakan kesemua 11 cara ini, insyaAllah, ia akan membantu meningkatkan TRUST terhadap produk dan bisnes anda.

Di antara 11 cara ini, dah berapa cara yang anda apply dalam fan page anda? Cuba semak page anda sekarang, dan betulkan apa yang patut. Semuanya untuk kebaikan bisnes anda juga 🙂