Artikel kali menerangkan 5 Cara Menjual Barang Di Instagram Yang Terbukti Berkesan. Jika anda seorang peniaga online, 5 cara ini dapat membantu meningkatkan jualan anda di Instagram.

Jika anda ada mempunyai akaun Instagram, pasti anda perasan perkara ini. Sekarang ini, semakin ramai peniaga online menjual barang di Instagram atau menjual produk di Instagram. Ini adalah kerana trend terkini, lebih ramai yang suka layan Instagram berbanding Facebook. Kenapa ini berlaku?.

Ramai yang dah tak suka buka Facebook sebab rasa serabut dengan Facebook.  Banyak sangat iklan. Iklan bersepah sana sini – kanan kiri atas bawah. Kat newsfeed pun muncul iklan juga.

Berbeza dengan Instagram, pengguna hanya akan nampak post orang yang mereka follow sahaja.

Ini menyebabkan Instagram menjadi laman perkongsian gambar dan video yang semakin popular dari hari ke hari.

Dianggarkan sehingga kini, seramai lebih 400 juta pengguna Instagram di seluruh dunia.

Menurut statistik terkini yang dikeluarkan oleh pihak Instagram Press, sebanyak 80 juta gambar diupload setiap hari.

cara menjual barang di instagram dan tambah follower

 

Tabiat baru ini sebenarnya memberi kelebihan yang besar kepada peniaga yang menggunakan platform online untuk mencari pelanggan dan memasarkan produk.

Dalam erti kala lain, ini adalah lubuk baru untuk anda pancing bakal pelanggan anda!

Ini kerana, sebagai peniaga, anda boleh post gambar produk anda di Instagram dan mempromosikan produk anda kepada pengguna Instagram yang lain dengan menggunakan deskripsi dan gambar yang menarik.

Jadi, sebagai peniaga, adakah anda mahu tengok sahaja lubuk ini, dan membiarkan prospek anda di sini tidak tahu kewujudan produk anda?.

Amatlah rugi jika anda tidak menggunakan keistimewaan yang ada dalam Istagram ini untuk meningkatkan jualan produk anda.

Di bawah ini adalah 5 Cara Terbukti Berkesan Menjual Barang di Instagram.

5 CARA MENJUAL BARANG DI INSTAGRAM YANG TERBUKTI BERKESAN

 

1. Buat Akaun Instagram Perniagaan yang Professional

Akaun Instagram perniagaan yang professional penting untuk :

  • Mudah membina keyakinan dan kepercayaan pelanggan dan bakal follower
  • Menarik minat orang untuk follow
  • Dari hanya follower, bertukar menjadi pelanggan (membeli produk anda)

Untuk menarik perhatian dan kepercayaan prospek anda, akaun Instagram yang kelihatan professional adalah sangat penting.

Salah satu cara untuk buat akaun Instagram anda kelihatan professional – anda boleh menggunakan nama brand anda atau menggabungkan nama brand anda dan nama yang menggambarkan produk yang anda jual.

Pastikan juga nama yang anda cipta mudah diingat oleh pelanggan anda. Jadi, mereka boleh datang jenguk ke akaun Intagram anda kemudian hari kerana mereka ingat nama akaun Instagram anda.

Anda boleh pelajari lebih banyak teknik membina akaun Instagram khas untuk perniagaan yang nampak lebih profesional di sini.

 

 

2. Memilih Produk Yang Tepat Untuk Dijual

Walaupun Instagram adalah lubuk di mana ramai prospek berkumpul, tetapi sebenarnya, tidak semua produk bagus dipromosikan di Instagram.

Ini adalah kerana, statistik menunjukkan pengguna Instagram terdiri dari kalangan belia atau muda mudi. Lingkungan umur mereka 18 tahun – 35 tahun.

Jadi, produk yang anda mahu jual di Instagram mestilah produk yang mahu dibeli oleh golongan muda ini.

 

3. Buatlah Gambar dan Video yang Menarik Perhatian Pelanggan

Anda harus ingat, Instagram adalah laman sosial yang dipenuhi dengan gambar.

Kebanyakan pengguna Instagram suka melihat gambar.

Gambar yang cantik pastinya menarik perhatian ramai orang. Sudah tentu lah! Siapa yang tak suka tengok gambar cantik, kan?

Jadi, sebagai peniaga, anda perlu upload gambar yang berkualiti tinggi kerana inilah yang menjadi daya penarik prospek anda sebelum mereka membuat keputusan untuk membeli dari anda.

Jadi, anda perlu kreatif untuk menghasilkan gambar yang cantik, menarik dan mengujakan bakal pelanggan anda untuk menghasilkan jualan.

Anda juga boleh upload video pendek yang berkaitan dengan produk anda di Instagram. Kerana  selain daripada layan gambar, ramai orang suka layan video secara santai.

 

4. Follower Ramai Yang Betul-betul Targeted

Oleh kerana di Instagram, hanya mereka yang follow anda sahaja akan nampak apa yang anda pos, maka semakin ramai yang follow anda, semakin besar potensi untuk prospek melihat post produk yang anda promosikan.

Namun, ramai follower sahaja tidak berguna. Ia tidak menjamin anda mendapat jualan berlipat kali ganda.

Kesilapan ramai peniaga online,

Ramai peniaga online yang berniaga di Instagram terlalu fokus untuk kumpul Followers. Tapi hasilnya, masih.. krikk krikk krikk..

Bayangkan…

Jika anda jual tudung, tetapi yang follow anda ramai lelaki dan budak sekolah. Adakah mereka akan beli tudung yang anda jual?.

Mungkin anda akan kata “Ada. Sebab ada je lelaki yang belikan tudung untuk isteri, emak, kakak, adik…” Tetapi, anda pasti berapa ramai lelaki yang membeli tudung untuk ahli keluarga mereka?. Jika ada, berapa kerap mereka membeli?. Bilangannya sangat sedikit, kan?

Budak sekolah pula, kuasa membeli mereka rendah. Mereka tak ada banyak duit untuk shopping online.Yang membeli itu ini untuk mereka adalah ibu bapa mereka.

Jadi, ramai follower sahaja tak bagus juga, jika follower anda tidak betul-betul targeted.

Apa itu TARGETED FOLLOWERS?

1 – Mereka yang betul-betul berminat dengan produk jualan anda

2 – Mereka yang betul-betul perlukan produk anda

Anda boleh lihat apa yang berlaku apabila akaun Instagram seorang peniaga online ini mempunyai ramai follower yang targeted. Bukan setakat targeted, follower nya pun aktif-aktif belaka. Asal post je, ada je yang tanya barang. Wasap dan sms pula, jangan cerita lah… Anda tengoklah sendiri :

cara dapatkan targeted folower ig instagram cara menjual barang di instagram

 

Yang ini pula, beliau cuma upload gambar, TANPA ada sebarang caption, tak cakap pun nak jual, dan tak cakap pun ada atau tak produk tu.

Tak sampai 15 minit…

Jeng jeng jeng…

Ada yang dah komen tanya harga..

Dan…

Ada artis yang like gambar tu!

cara-dapatkan-follower-yang-ramai-dan-targeted-di-instagram-ig-untuk-jual-produk

 

OK, sila jeles… ^_^

Inilah yang bestnya bila anda ada follower yang betul-betul targeted.

Namun begitu, ramai sangat peniaga yang buat promosikan produk di Instagram tidak tahu bagaimana nak dapatkan targeted follower yang ramai.

Untuk pengetahuan anda, ada 9 Teknik yang terbukti membantu meningkatkan jumlah targeted follower di Instagram. Jika anda tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan follower yang betul-betul targeted, anda boleh pelajari kesemua 9 Teknik ini DI SINI.

 

5. Gunakan Hashtag # yang Tepat

Penggunaan hashtag yang tepat adalah sangat penting jika anda mahu pelanggan anda jumpa produk yang anda promosikan di Instagram.

Ini adalah kerana, apabila pelanggan mahu mencari sesuatu di Instagram, mereka akan menaip hashtag.

Contoh :

Jika anda mahu beli tudung labuh, apa yang anda akan taip di ruangan hashtag?.

Pasti anda akan taip #tudunglabuh, kan?

Tetapi, kebanyakan peniaga suka menggunakan hashtag #sayajualtudunglabuh. Adakah anda rasa penggunaan hashtag ini masih relevan?

Cuba anda fikir balik, sebagai pengguna, adakah anda akan taip #sayajualtudunglabuh jika anda mahu membeli tudung labuh?

Begitulah sedikit sebanyak kepentingan penggunaan hashtag yang tepat.

Sebenarnya, ada lebih banyak cara untuk menentukan hashtag apa yang anda patut gunakan apabila anda post gambar produk di Instagram.

Cara pemilihan dan penggunaan hashtag ini ada diterangkan secara terperinci dalam Video Panduan Pemasaran Instagram ini.

Adakah brand bisnes anda sudah berada di Instagram? Jika masih belum, sekarang adalah masa yang terbaik untuk anda promosikan brand dan bisnes anda di Instagram.

Jika anda mahu meningkat jualan anda di Instagram, anda boleh menggunakan Teknik Jualan Instagram yang terbukti berkesan ini. Teknik ini telah menyebabkan ramai peniaga online di Instagram tak menang tangan. Sekarang giliran anda pula untuk tak menang tangan layan prospek.

Best per, tak menang tangan layan prospek. Akaun bank masyuk, kan. Kaching… Kaching… ^_^

Selamat Mencuba!

cara jual barang di instagram

DOWNLOAD FREE Ebook Teknik menjual
Masukkan nama dan emel anda di bawah untuk dapatkan tips Teknik Menjual yang Dapat Tingkatkan Jualan Anda 2x Ganda dalam 12 Bulan.