Menjual di Fb: 5 Cara Mudah Dapatkan Banyak Jualan di Facebook

Sekarang ni, semakin ramai orang berniaga. Boleh dikatakan hampir semua orang nak berniaga. Terutama sekali berniaga online.

Kewujudan model perniagaan tanpa modal seperti dropship dan affiliate menyebabkan ramai yang merebut peluang menjana pendapatan di internet tanpa modal ini.

Antara tempat paling ramai menjual ialah di Facebook. Sehinggakan newsfeed kita penuh dengan ayat-ayat jualan rakan-rakan yang berniaga.

Tak dinafikan, ramai yang berjaya dapat jualan banyak di Facebook sehingga RM 200 – RM 400 sehari. Malah ramai yang dapat sehingga 4 angka sehari.

Namun begitu, ramai juga yang sedih, kecewa.

Yang dah nak putus asa pun ada.

Apa tak nya, penat je promote sana sini, tapi tak ada seorang pun nak beli.

Kosong… Kosong… (petik gitar, nyanyi lagu Najwa Latif)

Atau kalau ada yang beli pun, boleh dikira dengan jari.

Alahai… Buat penat aje. Tak berbaloi dengan masa dan tenaga yang telah dicurahkan.

Jika andalah orangnya yang dah penat dan nak putus asa dah, rileks… Jangan mudah putus asa.

Setiap masalah ada jalan keluarnya.

Cubalah amalkan 5 cara mudah untuk dapatkan jualan di facebook ini :

5 Cara Mudah Untuk Dapatkan Jualan di Facebook

5 cara mudahdapatkan banyak jualan di facebook

1. Berikan Tempoh atau Kuota Terhad

Untuk memastikan prospek anda menghubungi anda dengan segera dan membuat pembayaran segera, anda boleh menggunakan Scarcity Effect seperti berikut :

“jualan dibuka selama 3 hari sahaja” atau “jualan istimewa ini akan ditutup setelah cukup 30 orang pembeli.”

Biasanya scarcity effect menggunakan tempoh masa lebih berkesan menghasilkan jualan yang tinggi.

Sebagai peniaga Islam, anda perlu menjalankan aktiviti perniagaan yang patuh syariah.

Jika anda nyatakan “jualan istimewa ini akan ditutup setelah cukup 30 orang pembeli” sahaja, maka anda perlu tutup jualan setelah 30 orang membeli produk anda.

Kotakan apa yang telah anda katakan.

Jangan sesekali gunakan trick kotor untuk mendapatkan jualan yang banyak.

Dapatkanlah rezeki yang berkat lagi diredhai. ūüôā

2. Lakukan Follow Up

Setelah anda buat post jualan, dan ada prospek yang berminat / bertanya, follow up mereka.

Follow up mampu meningkatkan jualan anda sehingga 30%

Jadi, jika anda telah memberi maklumat kepada mereka yang berminat tetapi mereka tidak membuat pembelian, maka lakukan follow up, iaitu menghubungi mereka semula.

Jangan biarkan mereka diam sahaja. Ini akan merugikan anda.

Mereka telah bertanya anda sebelum ini, bermakna mereka berminat dengan produk anda.

Mereka mendiamkan diri dan tidak melakukan pembelian mungkin disebabkan faktor-faktor berikut :

  1. Terlupa
  2. Masih ragu-ragu dengan keberkesanan produk anda
  3. Tak percaya dengan anda. Takut kena tipu

Jadi, follow up amat penting untuk memansuhkan faktor-faktor di atas agar pelanggan berasa yakin dan selesa dengan anda sebelum membuat bayaran.

Perlu diingat, follow up bukan untuk suruh prospek bank in, tetapi untuk mengekalkan hubungan baik dengan prospek dan pelanggan ~ Suffian Salahudin

Nak tanya apa ketika follow up?

“Saya nak follow up, tapi tak tahu nak tanya apa”.¬† Peninglah :'(

Jika anda ada masalah tak tahu nak cakap apa dengan prospek / pelanggan untuk follow up, cuba tanyakan prospek anda soalan berikut :

  • ¬†masih berminat lagi?
  • ¬†apakah yang boleh saya bantu
  • ¬†adakah anda (prospek) mempunyai sebarang pertanyaan / kemusykilan
  • ¬†ingatkan kembali kepada mereka tarikh tamat jualan.

Anda boleh tanya salah satu soalan di atas. Perhatikan respon mereka dan jawab soalan / respon yang diberikan. Sesuaikan jawapan anda dengan respon mereka.

Jadilah manusia ketika melakukan follow up, kerana anda sedang berinteraksi dengan manusia – Bukhari Ramli

 

3. Fans yang Targeted

Pastikan mereka yang Like Page anda adalah yang benar-benar “targeted” (berpotensi), iaitu sesuai dengan produk yang anda jual.

Tiada guna anda mempunyai 10,000 Likes, tetapi mereka bukanlah individu yang berminat.

Sebagai contoh :

Anda menjual baju kurung berharga RM 100 ke atas, tetapi fans anda berumur 15 tahun (budak sekolah) dan kebanyakan fans anda pula lelaki.

Jika ini senarionya, bermakna fans anda TIDAK TARGETED.

Budak sekolah – tiada kuasa membeli. Macam mana nak beli baju kurung anda yang RM 100 ke atas tu?

Lelaki – biasanya perempuan yang pilih dan beli baju kurung sendiri. Jarang lelaki pilihkan dan belikan baju kurung untuk isterinya. Jika ada pun, tak ramai.

Jadi, mendapatkan fans yang targeted adalah sangat penting. Anda tak boleh abaikan faktor ini!.

 

Bagaimana nak dapatkan fans yang targeted?

Untuk mendapatkan fans yang targeted, anda perlu mengenali sedalam-dalamnya Siapa Pelanggan Anda.

Ia dikenali sebagai Customer Avatar.

4. Buat FB Ads

Buat FB Ads dan target mereka yang sudah Like Page anda sahaja.

Penting untuk anda tahu,

post FB Page biasanya akan dilihat oleh sekitar 20% sahaja orang yang Like FB Page anda.

Jadi untuk memastikan semua ataupun sebahagian besar fans anda nampak post jualan anda, anda perlu buat iklan menggunakan FB Ads.

Tapi saya tak tahu nak buat ayat iklan yang power!

Jika anda selalu pening kepala nak hasilkan ayat iklan yang power,

buat-buat tak jadi,

buat ayat iklan sampai berjam-jam, tapi bila run iklan, tak dapat jualan,

saya syorkan anda tonton video percuma ini untuk mempelajari bagaimana menghasilkan ayat iklan FB yang power. Lagi best, anda boleh copy paste ayat iklan ini, sesuaikan dengan produk anda dan terus run fb ads.

  Klik untuk Tonton Video Cara Tulis Ayat Iklan FB Power

5. Gambar Produk Jelas, Menarik dan Profesional

Gunakan gambar produk yang jelas, menarik dan professional.

Gambar yang jelas, menarik dan professional mampu menarik minat prospek anda untuk membeli.

Anda boleh hasilkan sendiri gambar produk yang professional.

Jika anda tidak tahu bagaimana menghasilkan produk yang jelas, menarik dan professional, dapatkan perkhidmatan jurugambar yang pakar.

Cara ini memerlukan anda mengeluarkan modal duit untuk membayar upah kepada pakar.

Jika anda menjalankan perniagaan secara dropship atau affiliate, anda boleh minta pihak pembekal menyediakannya.

Kebiasaannya, pihak pembekal ada menyediakan gambar yang professional lagi menarik.

DAH HABIS BACA?

Terima kasih kerana meluangkan masa anda baca sampai habis.

Saya amat menghargainya.

Saya doakan anda dapat buat jualan yang banyak di Facebook setelah menggunakan 5 cara mudah dapatkan banyak jualan di Facebook ini.

Semoga dengan teknik yang betul, anda dapat menarik ramai orang untuk mendapatkan produk anda. Seterusnya meningkatkan jualan anda.

Jika anda rasa anda dapat manfaat dari artikel ini, tekan butang share di bawah dan kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain. Dengan cara ini, rakan-rakan anda juga dapat manfaat darinya.

DOWNLOAD FREE Ebook Teknik menjual
Masukkan nama dan emel anda di bawah untuk dapatkan tips Teknik Menjual yang Dapat Tingkatkan Jualan Anda 2x Ganda dalam 12 Bulan.