Anda sudah mempunyai fanpage untuk mempromosikan produk dan bisnes anda. Mungkin anda pernah dengar tentang buat iklan tarik like untuk dapatkan lebih ramai orang like fanpage anda, sebab anda nak ramai orang like fanpage anda.

Anda juga percaya, mempunyai fan yang berpuluh-puluh ribu, malah beratus-ratus ribu adalah bagus untuk bisnes anda.

Namun, berbaloi ke buat iklan tarik like? Dalam erti kata yang lain, anda “beli Facebook Fan” dengan cara buat iklan Facebook Like.

Dalam artikel ini, saya akan berkongsi kepada anda 1 video yang saya baru sahaja tonton. Video ini bertajuk “Why You Should Never Buy Facebook Fans” oleh Neil Patel, co-founder of Crazy Egg, Hello Bar and KISSmetrics. Anda mungkin akan terperanjat dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Neil Patel ini!

Beliau berkongsi mengenai pengalaman beliau mendapatkan 900,000 fan dengan buat iklan tarik like.

Nak tahu berapa yang telah beliau belanja  dalam Facebook Ads untuk dapatkan 900, 000 fan ini?

USD 400,000!

Ya!. USD 400,000 beliau dah belanjakan untuk buat iklan like dan iklan boost post.

Tetapi… diakhir video ini, beliau menasihatkan agar jangan bazirkan duit untuk beli fan. Sebab ianya dah tak berkesan lagi.

Facebook sentiasa mengubah algorithm. Reach di fanpage sangat kurang. Biasanya hanya 2% sahaja fans yang akan nampa post yang anda buat di fanpage. Jika nak naikkan reach, anda perlu buat iklan FB Ads. 

Namun begitu, masih berbaloi untuk anda buat iklan di Facebook untuk promote produk anda.

Tonton video ini berulang-ulang kali untuk fahamkan apa yang dimaksudkan oleh Neil Patel. Video ini pendek sahaja. 2.34 minit sahaja.

Cara Naikkan Like Fanpage Tanpa Buat Iklan Tarik Like

Jika masih kurang faham setelah menonton video ini, anda bacalah komen-komen dan perbincangan yang terdapat di bawah video ini, di youtube : https://youtu.be/d–xYXrnJTE

p/s: Sebaiknya, anda susun betul-betul strategi pemasaran Facebook untuk menaikkan sales produk anda. Bahaya jika anda buat pemasaran membuta tuli tanpa perancangan yang rapi. Sebaiknya, nak buat apa pun, perlu dengan ilmu. Nak buat iklan tarik like? Pastikan anda ada perancangan, iklan-iklan seterusnya yang akan anda paparkan kepada fans Facebook Page anda. Pastikan juga anda tahu apa yang anda buat, kenapa anda buat. Perlu jelas dengan objektif anda buat iklan 🙂

Klik sini untuk tahu Cara Tambah Fans Facebook Fanpage Tanpa Perlu Buat Iklan Like