Sekarang ini ramai yang menjana pendapatan dan mendapat income secara komisen. Lebih-lebih lagi dalam kerancakan bisnes online sekarang ni.

Terdapat banyak pekerjaan yang memberikan komisen sebagai ganjaran. Tidak kiralah komisen sebagai agen insuran, agen affiliate atau apa-apa jua komisen.

Anda berhasrat untuk membeli rumah. Tapi tak tahu bagaimana nak beli rumah jika anda memperolehi pendapatan melalui komisen?

Dalam artikel kali ini, saya nak kongsikan kepada anda tip beli rumah untuk orang income komisen. Tip ini dikongsikan oleh pakar hartanah, Harith Faisal di Facebook beliau.

Cara Kira Kelayakan Beli Rumah Untuk Orang Income Komisen

Cara kira kelayakan orang yang dapat income ikut komisyen, lain dengan orang yang bergaji tetap. Yang bergaji tetap, kalau gaji dia RM5,000 maka itulah gaji dia di mata bank.

Jadi, andai kau sekarang ada komitmen kereta RM1,000 sebulan kita akan kira kelayakan rumah kau macam ni. Katakan bank tu benarkan max 60% untuk komitmen bulanan.

RM5,000 x 60% = RM3,000
RM3,000 – RM1,000 = RM2,000
RM2,000 x 200 = RM400,000

Kau layak untuk buat pembiayaan rumah lebih kurang RM400,000 dengan bayaran bulanan RM2,000 untuk tenor selama 35 tahun dan rate bank profit ialah 5%.

Tapi kalau orang income komisyen, ada cara kira yang tersendiri. Mula-mula, tambah semua komisyen 6 bulan terkini. Kemudian, bahagi dengan 6 untuk dapatkan purata.

Ogos: RM4,900
Julai: RM4,800
Jun: RM5,200
Mei: RM4,700
April: RM5,300
Mac: RM5,100

Total: RM30,000
Purata: RM5,000

Biasanya bank hanya kira 50% – 80% daripada purata tu saja sebagai income kau. RM5,000 income komisyen tak sama macam RM5,000 orang yang bergaji tetap ya.

**Bank A (Kira 80%)
Komitmen: RM1,000 kereta

RM5,000 x 80% = RM4,000
RM4,000 x 60% = RM2,400
RM2,400 – RM1,000 = RM1,400
RM1,400 x 200 = RM280,000

Kau layak untuk buat pembiayaan rumah lebih kurang RM280,000 dengan bayaran bulanan RM1,400 untuk tenor selama 35 tahun dan rate bank profit ialah 5%.

**Bank B (Kira 50%)
Komitmen: RM1,000 kereta

RM5,000 x 50% = RM2,500
RM2,500 x 60% = RM1,500
RM1,500 – RM1,000 = RM500
RM500 x 200 = RM100,000

Kau layak untuk buat pembiayaan rumah lebih kurang RM100,000 dengan bayaran bulanan RM500 untuk tenor selama 35 tahun dan rate bank profit ialah 5%.

Jangan kau tanya, “Bang, saya nak cari double storey kat KL. Mana nak dapat yang RM100,000.” Betul! Memang tak ada. Kau dah tau, saja buat-buat bertanya kan.

Dah nampak kan apa beza cara kira orang income komisyen dan bergaji tetap. Anyway, ada juga bank yang akan kira 100% komisyen daripada purata 6 bulan tu. Try survey ya.

Lagi satu, kalau kau kerja komisyen, pastikan komisyen kau tu konsisten selama 6 bulan sebelum kau nak beli rumah tu. Kalau nampak pattern menaik setiap bulan lagi bagus.

Kalau kau nak tau, ada juga situasi bila komisyen kau tak konsisten, bank akan kira komisyen kau lebih rendah daripada 50%. Silap-silap purata RM5,000 dia kira 40% saja.

Simpanan pun kau kena jaga betul-betul. Lagi banyak lagi bagus. Sebab bank tau, kerja komisyen ni ada turun dan naik. Simpanan kecemasan wajib ada. 6 bulan ke, 12 bulan ke.

Masa apply pembiayaan rumah, kau boleh provide sekali bukti simpanan kau yang kat ASB, Tabung Haji, unit trust, bank saving account, SSPN dan lain-lain tu kepada bank.

Makin banyak simpanan kau, makin cerah peluang untuk bank luluskan permohonan pembiayaan rumah kau tu. Konklusinya, orang income komisyen pun boleh beli rumah.

Kau tengoklah ejen hartanah, ejen takaful, ejen unit trust, sales banker, ejen penapis air, rumah mereka banyak dan besar-besar. Iya! Penyata komisyen laku di mata bank.

Oh ya! Jangan lupa declare dan bayar income tax juga ya. Kalau kau dah 2 tahun bayar income tax, bank pun malu nak reject pembiayaan rumah kau. – HF

Belajar sesuatu?
Share lelaju untuk rujukan pada masa depan.

DOWNLOAD FREE Ebook Teknik menjual
Masukkan nama dan emel anda di bawah untuk dapatkan tips Teknik Menjual yang Dapat Tingkatkan Jualan Anda 2x Ganda dalam 12 Bulan.