Ustaz Hakim Mohd Nor kongsikan rahsia usahawan berjaya ini berjaya sedekah RM 10 Juta setahun.

Hari ni masa live dengan Tuan Afnan Rosli, banyak yang kami kongsikan tentang rahsia macamana Dato Husamuddin Yaacob boleh jadi sangat kaya dan buat sedekah RM 10 juta setahun tu.

Saya simplified kan di sini. Ada beberapa point tambahan saya tuliskan di sini. Nak lebih feel boleh tengok di live fb Tuan Afnan sebab banyak yang share spontan jugak tu.

First of All, kena tahu dulu sejarah hidup Dato Husamuddin ni.. Hari ni kita kenal dia sebagai multi millionare pemilik Karangkraft, akhbar Sinar Harian tu salah satu anak syarikat Karangkraft tu, Pengerusi TV Al Hijrah, Board University Malaysia Kelantan dan banyak lagi.

Dato ada semua tu bukan sebenarnya lahir dari dari keluarga kaya raya macam drama melayu petang2 tu. Balik belajar oversea terus sembang projek bilion2. Lepas tu dok gaduh berebut awek cinta tiga segi. 😂

Dato adalah anak kepada seorang guru agama biasa sahaja di Kelantan. Tapi ayahnya seorang yang miliki minda yang sangat powerful. Sejak kecil dato ditanamkan mindset buatlah apa jua janji dapat masuk syurga.

Ini pelajaran pertama. As a parent, berapa kerap kita remindkan perkara ini kepada anak anak kita. The true success ialah bila kita dapat masuk syurga. Nampak macam kecil dan remeh aje kan. Tapi sebenarnya, Inilah rahsia utama yang bentuk peribadi dan personaliti yang hebat dalam diri Dato Husam.. Always start from didikan dari rumah dan mindset yang betul.

Ayah Dato ni punyalah powerful mindset dia nakkan syurga sangat, walaupun tak kaya mana, tapi semangat cari jalan, bincang dengan rakan rakan dia untuk bangunkan sebuah sekolah agama. Dan dia berjaya buat impian dia dengan begitu sukses.

Hari ni sekolah agama yang dia bina tu cukup tersohor di Kelantan dan seluruh negara. Nama sekolah tu Naim Lil Banat.. Kenal kan? Pengajarannya, bila mindset kita jelas and we doing it for others, semua benda akan jadi kenyataan. Ni dalam bahasa Dato dia sebut, os yang betul. Operating system.

Kita hari ni os kita pelbagai. Tak letakkan mindset akhirat sebagai yang utama.. Always kita fikir tentang nasib kita di dunia sahaja. Sangat jarang fikir nasib kita di akhirat walhal itulah kejayaan yang hakiki. Hidup selamanya kat sana kot. Bukan di dunia ni.. Tapi ramai yang tak aware bab ni. Masih hanyut dengan perlumbaaan kejar kejayaan di dunia sahaja.. Dan part paling best, bila kejar akhirat, dunia tu datang bergolek gitu aje. Itu yang berlaku kepada dato, serta generasi terdahulu para sahabat dan salfusoleh.

Ok.. Kita teruskan lagi bebel.. Hahaha 😂.

Masa Dato kecil, ayah dia asuh dia jaga kedai buku.. Jual buku, majalah, surat khabar. Tapi masa tu orang tak minat membaca.. Orang minat lepak kedai kopi aje sembang bab politik. 😂.

Jadi, apa yang dato husam buat, dia paksa diri dia baca semua buku dan majalah yang dia jual di kedai tu, kemudian dia pergi ke kedai kopi dan cerita balik. So orang kat kedai kopi ni rasa sangat kagum macamana budak kecik umur 7-8 tahun tahu banyak benda. So automatic beli buku yang dato husam tu jual sebab tertarik dengan content yang dato husam share tu.

The best part, secara tak sengaja Dato Husam ni advanced jauh kedepan compare dengan rakan seusia dia.. Dia kuasai bahasa inggeris, ilmu2 yang pelbagai sebab buku yang dia jual tu pelbagai genre. Pada waktu dia buat semua tu, kita mungkin nampak dia struggling for the life.. Tapi, lihat, disebalik setiap kesusahan akan ada kesenangan. Semua experienced yang kita rasa susah tu rupanya persediaan Allah bagi kepada kita untuk jadi lebih hebat.

Sama kes macam Jack Ma, masa kecil dia struggle for life dengan bawa pelancong jalan2 di China.. Rupanya itu susunan Allah untuk dia kuasai bahasa Inggeris dengan sangat powerful hingga dia dapat banyak opportunity yang menjadikan dia top 10 orang paling kaya di dunia hari ni.

Pengajaran kedua, always be happy dan think positif.. Tak kisahlah seburuk mana pengalaman hidup anda sekarang, percayalah there is always the other side of the coins. Sebab tu dalam kisah Nabi Yusuf, Allah gambarkan sebagai ahsanu qasasa. Sebaik baik cerita.

Nabi yusuf tak pilih dibuang dalam perigi, difitnah, dipenjarakan. Tu semua berlaku tanpa kerelaan dirinya. Dia tak pilih semua tu. Tapi rupa rupanya, pengalaman itulah yang menyebabkan dia dilantik menjadi menteri kewangan Mesir kemudian harinya! Dia tak akan berada di posisi tersebut without all those so called ‘negative’ moment. Dan yang ping penting, Allah nak kita belajar sesuatu dari kisah Nabi Yusuf ini. Bukan sekadar tahu ketampanan Nabi sahaja, tapi belajar bahawa sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya.

So, percayalah, kepada anda yang hari ni sedang hadapi hari hari yang gelap. Struggle.. Sedih.. Kecewa….. Stop. Jangan bersedih lagi. Jangan terus berduka.. La tahzan.. Percayalah Allah sedang aturkan sesuatu yang terbaik buat anda. Kerana, itu Janji Allah. Fainnamaal Usri, Yusra. Disebalik kesusahan, akan ada kesenangan! Dan janji Allah itu pasti berlaku!

Okay, dah panjang kan baca? Dapat sesuatu kan?

Nak tahu lagi macamana Dato dapat bina empayar perniagaan sustain more than 40 years sampai dapat bagi sedekah more than 10juta setahun?

Anda mesti hairan macamana dia dapat tarik Ramai orang semua tu jadi bahagia dan berjaya serta hidup dengan lebih amazing. Dan lebih best, Sampai orang ribu2 yang datang kelas dia tak ada sorang pun tahu kenapa dia datang kelas tu dan untuk belajar apa. Tapi semua dapat rasa kebahagiaan tu. Power kan? Mesti teruja sangat nak tahu kan?

Tonton video live ini sekarang. Jangan bertangguh kerana video ini akan didelete malam ini.

Ok.. Tekan butang Share sekarang kalau ada mendapat manfaat dari tulisan ini. 😊

DOWNLOAD FREE Ebook Teknik menjual
Masukkan nama dan emel anda di bawah untuk dapatkan tips Teknik Menjual yang Dapat Tingkatkan Jualan Anda 2x Ganda dalam 12 Bulan.