Selalunya, marketer akan kongsikan case study yang menceritakan struktur campaign dibina untuk buat Facebook Ads yang menguntungkan. Namun, sebelum lancarkan sesuatu kempen iklan di Facebook, ada lagi perkara yang lebih penting berbanding struktur kempen yang anda perlu tahu dan titik beratkan.

Pernah dengar Iceberg 80/20 rule?

20% yang anda nampak ialah struktur kempen dan teknik untuk execute. 80% lagi terletak pada persediaan sebelum kempen itu dijalankan.

Sama ada traffic di Facebook, instagram, linkedin atau organic search dari google, saya cuma guna basic fundamentals of selling dan social advertising sahaja untuk bina sales funnel yang profitable.

Tapi, itu cuma 20%. Apa yang buat urat tengkuk dan wifi berkerut pada dahi saya ialah persediaan sesuatu campaign tu.

Di bawah ni adalah typical sales funnel :

Anda attract (tarik perhatian) audience yang tepat, engage dan build trust (bina hubungan dengan mereka), kemudian apabila audience dah familiar dengan brand anda, proses menjual jadi lebih mudah dan memberikan ROI yang tinggi.

Gambar di atas ialah simple art of selling yang anda boleh guna untuk jual produk atau servis apa pun. Online dan offline.

Tapi sebelum sales funnel atau proses di atas bermula, ada 3 faktor penting (80% bahagian dari keseluruhan proses) yang anda kena fokus sebelum mulakan kempen Facebook Ads anda.

3 Elemen Penting Dapatkan Facebook Ads ROI Tinggi

3. Sales Copy / Pitch

Pada 2013, masa saya kerja sebagai Pengarah Kreatif di sebuah syarikat pengiklanan video, attention span audience online ialah 12 saat.

Tapi, 2019, attention span audience online ialah 9 saat sahaja. 1 saat je lebih daripada fokus ikan emas.

Sebab iklan dah banyak sangat sekarang. Audience dah jadi ads blind.

Jadi susah lah nak buat profit kalau iklan anda sendu dan tak dapat tarik perhatian banyak mata.

Jadi, bagaimana nak buat sales copy yang boleh trigger minat audience supaya beli apa yang anda jual?

Step 1: Tekankan masalah yang dihadapi oleh target audience anda. Tapi elakkan tanya soalan cliché masa pembukaan ayat anda.

Contoh soalan cliché:

  1. Anda penat tunggu teksi lama – lama?
  2. Cermin anda ada kotoran yang susah nak hilang?
  3. Anda buat business online dan nak letupkan sales anda?

Haaa macam tu lah contoh – contohnya. Atau paling famous yang kita pernah dengar ialah “Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?”

Target audience anda tahu apa masalah yang mereka alami, tak payah tanya soalan yang orang dah tahu.

Dari 3 contoh yang saya tunjuk di atas, bunyi ayat – ayat tu macam bunyi promosi dan terlalu nak menjual. Jadi apa yang anda perlu buat ialah sales copy yang bunyi nya ‘kurang menjual’

Step 2: Fokus pada impacts dan experience. Apa yang mereka akan dapat selepas beli dan pakai produk anda?

Orang beli supercar RM1.5 juta sebab nak sampai ke point B daripada point A? Naik Myvi pun boleh sampai.

Orang beli jam berharga RM40k sebab nak tengok sekarang pukul berapa? Jam pasar malam pun boleh, RM20 je siap ada loceng yang boleh bawak gaduh.

Tapi, kenapa ada orang sanggup beli supercar dan jam yang mahal-mahal? Orang membeli sebab mereka nak pengalaman yang lebih baik.

Jadi, tugas anda sebagai owner atau penjual produk ialah fokus kepada impak dan jual pengalaman (impact dan experience).

Contohnya Mcdonalds. Mesti anda dah tengok iklan video yang mereka promote ayam goreng dekat social media tu.

McD tak cakap details pun ayam tu import dari mana, pakai rempah apa.

Mereka tak cakap apa pun pasal features produk. Tapi mereka fokus pada impacts dan experience.

Orang beratur panjang untuk makan McD.

Jadi, antara produk anda dan target audience, terletaknya minda dan keputusan mereka.

Nak beli ke tak nak.

Jadi, gambarkan pengalaman hebat yang mereka akan dapat selepas menggunakan produk anda dalam minda mereka melalui sales copy anda.

Katakan saya jual produk untuk rawat sakit lutut, dalam sales pitch saya akan masukkan :

Produk X akan bantu hilangkan masalah sakit lutut supaya anda boleh berjalan lebih jauh tanpa rasa lenguh.

Nak teman isteri membeli – belah selama 5 jam? Tiada masalah selepas pengambilan produk X.

Yang penting anda kena konsisten dan ikut tips yang kami sediakan ini.

Okay kat atas tu contoh saja. Cuba kalau anda sakit lutut lepas tu saya datang dan cakap “Anda sakit lutut? Anda rasa lenguh bila berjalan jauh?”

Confirmlah saya pulak kena lutut lepas tu. Orang tengah sakit, lagi mau tanya.

So avoid soalan cliche, fokus pada impacts dan experience selepas pakai produk yang anda jual.

2. Gambar Iklan

Gambar memainkan peranan penting. Sebab dalam screen mobile phone atau desktop, gambar iklan sahaja adalah sebahagian besar apa yang audience anda akan lihat.

Jadi, buat gambar yang boleh tarik perhatian mata audience anda. Guna warna yang contrast tapi bersesuaian dengan tema produk.

CTR dari kempen saya di bawah ialah 11% dan 7% .

Laburkan masa dan duit untuk cipta gambar yang menarik. Kalau anda tak pandai guna photoshop, cari designer dengan harga yang berpatutan untuk bantu design gambar iklan anda.

Cara yang kedua ialah cari stock photos di pexels.com atau pixabay.com untuk digunakan sebagai background.

Anda boleh dapat gambar HD dengan percuma dan 100% legal untuk anda gunakan.

Untuk edit gambar tersebut, anda boleh guna web based application seperti canva.com. Anda boleh gunakan canva secara percuma. Kecuali jika anda menggunakan gambar yang premium.

Untuk premium features, anda mungkin akan kena bayar $1 – $5.

1. Target Audience

Selain gambar dan sales copy, targeting juga adalah antara faktor penting untuk buat kempen Facebook Ads yang menguntungkan.

Kesalahan no 1 Facebook Marketers masa buat targeting:

  1. Target audience yang terlalu wide atau terlalu kecil.
  2. Target typical interests yang competitors anda guna.
  3. Anda tak target orang yang passionate, anda target orang yang interested sahaja.

Targeting ni ada teknik untuk locate dan formula untuk susun interests supaya dapat buat laser targeted audience yang passionate dengan apa yang kita jual.

Jadi apa yang anda perlu buat ialah luangkan masa untuk research and locate di mana audience anda berada dekat Facebook.

Page apa yang audience anda like?

Jadi, untuk bahagian targeting, locate dan bina audience yang betul – betul passionate dengan apa yang anda jual, saya akan kongsikan pada artikel akan datang.

Nanti anda boleh ke pos tersebut untuk belajar bagaimana untuk pastikan iklan kita disampaikan pada audience yang tepat.

Giliran Anda

Okay, dalam blog post kali ni saya dah terangkan apa 3 elemen utama untuk buat campaign yang menguntungkan. Jangan lupa untuk labur masa dan sedikit wang untuk 3 perkara ni:

  1. Attractive & eye catching image
  2. Irresistible sales copy
  3. Laser targeted audience

Tinggalkan komen dibawah kalau ada soalan dan share post ni supaya dapat bantu rakan – rakan yang lain.

Jangan lupa subscribe pada blog saya supaya anda tak tertinggal dengan teknik dan strategi yang saya selalu kongsi. Terima kasih!

Artikel ini dikongsikan oleh Baem Ashrawi

DOWNLOAD FREE Ebook Teknik menjual
Masukkan nama dan emel anda di bawah untuk dapatkan tips Teknik Menjual yang Dapat Tingkatkan Jualan Anda 2x Ganda dalam 12 Bulan.