Selepas pilih objektif, perkara pertama yang kita akan jumpa ialah targeting. Targeting akan tentukan kepada siapa iklan kita akan ditunjukkan.

Walaupun anda guna gambar yang menarik perhatian dan sales copy yang meyakinkan, targeting yang tidak tepat akan buatkan iklan anda ditunjukkan pada orang yang salah, kos iklan melambung dan jumlah jualan yang sedikit.

Dalam blog post ni saya akan kongsi 3 tips yang anda boleh gunakan semasa nak buat campaign Facebook Ads.

1. Passionate Audience

Untuk buat jualan berterusan, anda kena target audience yang passionate. Saya beri 1 contoh, katakan saya seorang penjual produk kosmetik.

Step pertama, saya akan pilih (at least) 3 kategori yang relevant dengan niche saya. Kategori ni juga digunakan untuk define ciri – ciri target audience saya.

Contoh: untuk jual produk kosmetik, saya nak target wanita berumur 25 – 44. Audience ni suka shopping online, produk kosmetik dan follow public figure yang berkaitan dengan kecantikan.

Jadi saya akan pilih;

  1. Cosmetic brand = Simply Siti
  2. Shopping site = Fashionvalet.com
  3. Public Figure = Neelofa

Berdasarkan targeting di atas, anda boleh lihat yang audience saya ada interest pada kosmetik, suka shopping dan suka pada public figure yang berkaitan dengan kecantikan.

“Tapi, fashionvalet.com tu bukan kosmetik kan, tu fesyen.”

Iyo, den tau. Tapi takkan lah orang yang like page FashionValet.com tu dedicate seumur hidup dia untuk shopping kat sana je. Apa yang penting ialah relevancy dan past behavior.

Jom selam lebih dalam.

Contoh kedua. Katakanlah saya nak promote email marketing service saya pada syarikat di USA.

Ciri – ciri audience saya ialah seorang business owner yang suka baca majalah yang berkaitan dengan bisnes, follow top marketing coaches dan dia guna email marketing software.

Jadi interest yang saya akan target ialah:

  1. Magazine: Forbes, Inc
  2. Coach: Neil Patel, Brian Dean
  3. Software: Mailchimp, Convertkit

2. Saiz Audience

Saiz audience bergantung kepada bajet anda. Tapi, berikut adalah benchmark yang disarankan oleh Facebook Ads experts.

Kalau anda baru mulakan kempen, mula dengan saiz 300k – 500k.

Lepas dah ada sekurang – kurangnya 1000 conversions (leads dan purchase), barulah anda besarkan audience sehingga lebih 500k.

So, apa jadi kalau audience anda lebih daripada 500k atau kurang dari 300k masa nak mulakan kempen?

Lebih dari 500k tu terlalu besar kalau anda baru mulakan kempen, bawah 300k tu kecik sangat pula.

Kalau pergi memburu, nanti sesat kalau hutan tu besar sangat. Kalau kecil sangat pula, pusing – pusing jumpa benda yang sama.

Kalau dah ada 1000 conversions (leads + purchase), baru besarkan audience, sebab masa ni pixel kita dah kumpul cukup data dan FB pun dah jelas siapa leads and customer kita.

Bila data dah jelas berdasarkan profile 1000 conversions tadi, (umur, interests, sektor pekerjaan, dan lain-lain) barulah FB boleh optimize dan tunjukkan iklan kita kepada audience yang berkemungkinan besar akan bertukar menjadi leads atau customers kita.

Jadi, jangan target wide dengan data yang tidak jelas. Start small dan collect data dulu. Bila dah untung, baru kita scale dan target bigger audience.

3. Range Umur

Macam mana nak tentukan range umur untuk buat FB Ads?

Mula – mula, pergi ke audience insights. Set location kepada Malaysia atau negara yang anda nak target. Copy semua interest dan paste ke dalam targeting box disebelah kiri.

Sekarang anda dapat lihat majoriti range umur audience anda dalam halaman tersebut.

Di atas ialah contoh untuk audience yang saya buat untuk produk kosmetik tadi. Majoriti adalah perempuan berumur 18 – 44 tahun.

Tapi.. Personally, saya akan start target audience yang berumur 21 atau 25 ke atas (bergantung pada niche) kerana range umur tersebut sudah berkemampuan untuk membeli.

Anda tak perlu bajet yang besar untuk jana keuntungan yang berlipat kali ganda tak kira apa yang anda jual.

Dengan targeting yang tepat, saya jana RM 8 ROI dari setiap RM 1 yang saya belanjakan pada Facebook Ads. Anda boleh zoom in untuk lihat data dalam gambar dibawah.

Apa yang penting ialah anda mesti deliver ads pada audience yang kisah dan mahukan produk anda.

So, jom recap apa yang kita dah baca tadi:

1. Guna kategori dan interest yang define ciri – ciri target audience anda. Nak jual barang superbike? Lelaki 30 – 40an, like page Yamaha, Valentino Rossi dan Moto GP.

2. Gunakan saiz audience yang betul mengikut bajet anda. Jangan besar sangat, jangan terlalu kecil.

3. Guna audience insights untuk cari range umur, so tak payah lah nak buat 3 iklan yang sama untuk umur 20 – 30, 40 – 50.

Terima kasih kerana membaca blog saya, jangan lupa untuk subscribe dan tinggalkan komen kalau anda ada sebarang soalan. Good luck!

Tidak jelas & perlukan bantuan? tanyakan soalan anda di bawah.

P/S: Malu bertanya nanti sesat jalan.

DOWNLOAD FREE Ebook Teknik menjual
Masukkan nama dan emel anda di bawah untuk dapatkan tips Teknik Menjual yang Dapat Tingkatkan Jualan Anda 2x Ganda dalam 12 Bulan.