Gaji minimum seragam RM1,050 berkuat kuasa 1 Jan 2019

 

Di bawah ini adalah petikan dari Akhbar Malaysia Kini mengenai Gaji minimum seragam RM1,050 berkuat kuasa 1 Jan 2019 :

Kerajaan buat pertama kalinya bersetuju untuk melaksanakan kadar gaji minimum yang seragam bagi seluruh negara iaitu RM1,050 sebulan atau RM5.05 sejam berkuat kuasa 1 Jan 2019.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini berkata keputusan itu dibuat selepas menimbang syor-syor yang diberikan Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) hasil kajian semula terhadap Perintah Gaji Minimum 2016.

Perintah Gaji Minimum 2016 memperuntukkan kadar gaji minimum sebanyak RM1,000 sebulan bagi Semenanjung Malaysia dan RM920 sebulan bagi Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan.

“Kerajaan juga memutuskan untuk tidak memberikan sebarang subsidi kepada mana-mana majikan kerana kekangan kewangan semasa negara,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menjelaskan peningkatan gaji minimum berkenaan adalah selaras dengan situasi ekonomi semasa negara.

“Kita harus waspada bahawa sebarang peningkatan gaji yang drastik bakal menimbulkan masalah lain kepada industri yang juga boleh menggugat daya saing negara,” jelas kenyataan itu.

Sehubungan itu, adalah lebih wajar jika gaji minimum dinaikkan secara berkala dalam tahun-tahun akan datang supaya industri, terutamanya majikan kecil, tidak menutup perniagaan mereka akibat kos operasi yang tinggi yang bakal menyebabkan pemberhentian pekerja.

Majikan dan peniaga juga diseru supaya tidak menaikkan harga barangan dan perkhidmatan susulan kenaikan gaji minimum ini dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dimohon untuk memantau perkara tersebut,” menurut kenyataan itu.

– Bernama

 

Online Business Tax

Selain daripada gaji pokok minimum RM 1,050, kerajaan juga akan melaksanakan Online Business Tax terhadap peniaga-peniaga online. 

online business tax

IPOH, Sept 6 ― The Communications and Multimedia Ministry (KKMM) will hold discussions with the Finance Ministry on the implementation of a tax on online business activities, says its Deputy Minister Eddin Syazlee Shith.

He said the KKMM’s task was to explain the implementation mechanism of the tax, but the matter would be discussed in detail first.

He said online businesses had already performed well or improved and many had achieved successes in their ventures.

“The proposal to impose a tax on online business activities is a good thing, as the taxpayers, this move is part of the responsibility and contribution to improve the country’s economic growth,” he said.

He was speaking to reporters after a visit to the Perak State Broadcasting Department at the Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Complex here today.

In the Dewan Negara sitting yesterday, Deputy Finance Minister Datuk Amiruddin Hamzah said the government was exploring new sources of revenue including considering to impose a tax on online business activities.

Asked about the tax rate to be imposed on online business activities, Eddin said it would be determined by following the appropriate formula. ― Bernama

===

Macam mana? Dah bersedia untuk gaji minima RM1,500/- seperti saranan kerajaan. Kita mula dengan RM1,050/- dulu yer.

Banyak elemen yang menyumbang kepada pendapat-pendapat ini. Yang paling penting untuk bisnes, tidak kira yang kecil ataupun yang besar ialah menjaga Cashflow ataupun Working Capital nya.

Itu kunci…. Tingkatkan hasil, cuba kurangkan kos dan jaga CASH!

Anda boleh lihat video live kupasan Tuan Zafrol Rizal Mat mengenai Gaji pokok RM1,050 bermula 1 Jan 2019 dan Online Business Tax ini :

 

 

DOWNLOAD FREE Ebook Teknik menjual
Masukkan nama dan emel anda di bawah untuk dapatkan tips Teknik Menjual yang Dapat Tingkatkan Jualan Anda 2x Ganda dalam 12 Bulan.