Ramai peniaga yang guna Billplz tak perasan yang mereka sebenarnya boleh dapatkan kredit Billplz percuma dari semasa ke semasa.

Biasanya Billplz akan bagi promo code RM 10 kredit percuma apabila ada hari-hari peristiwa & hari perayaan.

Mana Nak Dapatkan Promo Code Billplz?

Anda perlu sentiasa alert dan check Facebook Page Billplz dari semasa ke semasa. Promo code hanya diberikan di page rasmi ini sahaja.

Sempena Christmas dan Holidays ni, Billplz ada keluarkan promo code untuk anda gunakan cepat-cepat, sebelum tamat 25 December, 2019. Pengumuman promo code ini dikeluarkan semalam.

Jadi, jangan berlengah. Jika anda ada gunakan Billplz sebagai payment gateway bisnes anda, masukkan promo code ini cepat-cepat.

RM 10 kredit percuma, bermakna anda boleh terima sebanyak 9 transaksi secara percuma. Siap ada baki RM 0.50 lagi tu. Haa… kan dah jimat kos operasi bisnes anda. 🙂

Cara Masukkan Promo Code Billplz

Mungkin ada yang tak jumpa, kat mana nak masukkan promo code ni. Sila rujuk gambarajah di bawah untuk tutorial cara masukkan promo code Billplz dengan mudah. 

Step 1: Login ke akaun Billplz anda. Kemudian klik butang tambah (+) seperti yang tertera dalam gambar di bawah.

Step 2 : Scroll ke bawah sehingga nampak bahagian Promo Code

Step 3 : Masukkan Promo Code yang Billplz berikan. Kemudian tekan butang Apply Code

Berjaya!. Baki kredit telah bertambah RM 10. Alhamdulillah… hooray!

Cara Dapatkan Kredit Billplz PERCUMA masukkan promo code

Jika anda masih belum mempunyai akaun Billplz, anda boleh daftar Billplz sekarang. PERCUMA ja.

Apa Itu Billplz?

Mungkin ada yang baca artikel ini tak tahu apa itu Billplz dan apa kegunaan Billplz.

Billplz adalah salah satu payment platform (platform pembayaran) yang famous di Malaysia ni. Anda boleh terima pembayaran daripada pelanggan anda menggunakan sistem Billplz ini.

Setiap transaksi akan dikenakan cas RM 1.50 jika anda ambil Standard Plan. Nak daftar standard Plan ni PERCUMA je.

Rujuk gambar di bawah untuk plan-plan Billplz yang ada:

Plan mana yang sesuai untuk anda? 

Jika anda menerima transaksi kurang dari 1,000 transaksi sebulan, pilih standard plan. 

Jika anda menerima transaksi lebih dar 1,000 sebulan, anda boleh pilih Preferred / Priority / Ultimate. 

Pilih pakej berdasarkan keperluan bisnes anda. 

.

.

.

DOWNLOAD FREE Ebook Teknik menjual
Masukkan nama dan emel anda di bawah untuk dapatkan tips Teknik Menjual yang Dapat Tingkatkan Jualan Anda 2x Ganda dalam 12 Bulan.