Jika anda berhasrat untuk memulakan perniagaan di Facebook, artikel ini memang untuk anda!. 

Berikut adalah 5 Langkah Mudah Memulakan Perniagaan di Facebook yang boleh anda lakukan sebaik sahaja habis membaca artikel ini.  

.

Langkah 1: Cari Masalah 

Eh, saya nak mulakan bisnes, kenapa pula kena cari masalah? Bukan ke takde masalah, jangan cari masalah?

Haa… Inilah dia antara formula asas untuk berjaya dalam perniagaan.

“Bisnes adalah menyelesaikan masalah orang. 

Cari masalah orang sekeliling anda, yang boleh anda selesaikan. 

Kemudian, barulah anda cari produk yang dapat menyelesaikan masalah orang sekeliling anda.   

Langkah pertama ini penting, kerana selepas anda dah ada produk, anda dah tahu, kepada siapa anda nak jual produk tersebut. 

Kebanyakan orang yang nak mula berniaga, cari produk dulu. Kemudian, lepas dah ada produk, tak tahu nak jual kepada siapa.

Kemudian, promote sana, promote sini, takde orang pun nak beli. Ini silap yang kebanyakan peniaga baru buat.

Jadi, untuk mengelakkan perkara ini berlaku kepada anda, langkah pertama yang anda perlu lakukan ialah cari masalah siapa yang anda mahu selesaikan.

Apa masalah mereka?

Macam mana anda dapat membantu menyelesaikan masalah mereka dengan memperkenalkan mereka kepada produk anda. 

Apabila anda dah tahu target market dan kelebihan produk anda, barulah mudah untuk anda menjual dan mendapat customer  yang tak banyak songeh.

.

Langkah 2: Tentukan produk yang anda mahu jual.

Produk yang anda mahu jual, boleh sama ada produk fizikal, digital ataupun perkhidmatan.

Jika produk fizikal, anda tidak perlu menghasilkannya sendiri. Sekarang banyak pembekal produk yang mencari agen untuk menjual produk mereka. Ia dipanggil dropship. 

Jika produk digital, anda boleh menjual ebook, video, audio, template grafik, template website dan sebagainya. Jika anda tiada produk digital sendiri, anda boleh mulakan dengan menjadi agen affiliate produk digital orang lain.  

Anda juga boleh melakukan bisnes berbentuk perkhidmatan seperti menulis artikel, mentadbir FB Page (sebagai fanpage admin), design grafik dan banyak lagi. Bergantung kepada kepakaran dan kemahiran yang anda ada. 

>> Anda boleh cari produk yang sedang HOT dan BANYAK DEMAND menggunakan cara ini <<

.

Langkah 3: Buka Facebook Page.

Langkah ini adalah wajib.

Namakan Page anda dengan nama yang menarik dan sesuai dengan bisnes yang anda lakukan.

Letakkan gambar profile dan cover photo page yang menarik. Masukkan maklumat penting seperti pengenalan perniagaan anda, cara hubungi dan cara pembelian.

.

Langkah 4: Kemaskini (update) post Page secara konsisten.

Selain melakukan promosi produk, kongsikan juga ilmu, informasi dan pengalaman yang berguna kepada prospek yang telah Like Page anda.

Apabila menulis ayat promosi di post Page, sebaiknya ia mempunyai kemampuan untuk menjual (menukar prospek menjadi pembeli).

Sekali lagi, anda perlu mempelajari seni copywriting (menulis ayat jualan) daripada mereka yang pakar dan berpengalaman.

.

Langkah 5: Lakukan promosi dengan menggunakan FB Ads.

Melakukan iklan melalui FB Ads haruslah dengan cara yang betul. Anda perlu mempelajarinya.

Sekarang, ramai usahawan berpengalaman menganjurkan kursus, menyediakan panduan berbayar dan juga seminar untuk mengajar teknik iklan FB yang berkesan.

Mengapa FB Ads?

Sebab ia cepat dan akan memberikan kita prospek yang betul-betul berpotensi tinggi. Pastikan anda tahu dengan jelas siapa target market anda (customer avatar). 

Untuk langkah 3, 4 dan 5, anda boleh download tutorial langkah demi langkah di sini :  >> 
Click Here
50% Complete
FREE! FACEBOOK MARKETING MADE EASY 3.0
Belajar Pemasaran Facebook Yang Efektif Dengan Video Training Step By Step ni.

.

Langkah 6: Lakukan langkah 4 dan 5 secara konsisten.

Sepanjang anda melakukan langkah 3 dan 4 ini, anda mungkin akan dapat pembeli dari semasa ke semasa.

Mudah bukan? 🙂

Yang penting anda fokus dan konsisten bertindak dengan ilmu yang telah anda pelajari. Baca sahaja artikel ini, tapi lepas tu anda tak buat apa-apa tindakan, sia-sia!

“Perjalanan beribu batu bermula dengan LANGKAH PERTAMA”

Ramai orang nak berubah, tapi tak mahu mengubah diri sendiri ~ Irfan Khairi

Anda pula bagaimana? Berani untuk bertindak dan berubah?