Top 10 Tip Tony Fernandes untuk Usahawan

Berikut adalah 10 Nasihat Tony Fernandes kepada usahawan-usahawan. 

.

1. Anda Tak Perlu Tahu Semua Perkara

Saya datang dari bisnes muzik. Saya tak tahu apa-apa tentang kapal terbang. Kepada semua usahawan di luar sana, anda tak perlu tahu semua benda tentang apa yang anda nak lakukan. Semuanya tentang idea, minat dan perlaksanaanya.  

 

2) Buat Aje!

Jangan biarkan sesiapa pun cakap pada anda yang anda tak boleh lakukan!. Anda hanya hidup sekali. Jadi, anda tak boleh tekan butang rewind dan ucap “Saya berharap saya telah lakukan ini” .

jadi, saya cadangkan anda diluar sana, JUST DO IT!. 

So I recommend to all of you out there,

Just do it. Live your life to the utmost, be positive. If you fail, at least you have tried.

Saya telah gagal teruk dalam Formula One, tapi saya tak pernah menyesal sebab saya dapat berdiri bersama-ama orang hebat-hebar daripada Ferrari, McLaren, dan lain-lain.

 

3) Minat adalah Kunci Kepada Penyelesai Masalah 

Impian boleh menjadi kenyataan. Jangan risau tentang kegagalan. Anda hanya hidup sekali. Hiduplah dengan bersungguh-sungguh. Jika anda ada minat, anda akan dapat lepasi halangan dalam hidup anda. 

dream come true tony fernandes quotes

4) Labur dalam Pemasaran

Jika anda ada idea yang bagus, tolong, tolong, tolong, tolong letak sebahagian duit untuk pemasaran. Jika anda tidak melaburkan duit dalam pemasaran, tiada siapa yang akan tahu tentang idea anda yang bagus itu. 

There are so many great ideas that never took off because of a lack of marketing.

Pemasaran buat tentang duit semata-mata. Pemasaran juga tentang hubungan awam (public relationship). Dalam Air Asia, kami tiada duit. Jadi, saya ke sana ke mari dengan memakai topi merah dan cakap perkara-perkara kontorversi, jadi media akan selalu rakam gambar saya. Itulah pemasaran untuk Air Asia pada peringkat permulaan.

Kami telah melalui banyak isu, dan pemasaran memainkan peranan penting untuk selesaikan masalah-masalah tersebut. 

Masih ingat SARS (severe acute respiratory syndrome)? Pada ketika itu, tiada siapa mahu terbang. Kami semua fikir, kami akan mati.  

Semua orang hentikan iklan, tetapi saya beritahu staf saya jangan hentikan iklan sebab inilah masa terbaik untuk bina brand kita. Malah, kami gandakan iklan kami sebanyak tiga kali ganda, dan semua orang pandang saya dan cakap ” Adakah anda mabuk?”. Saya jawab “Tidak. Inilah masa yang terbaik sebab tiada siapa buat iklan”. 

Apabila berlaku pengeboman di Bali, semua orang batalkan penerbangan. Saya cakap kepada staf, “Kita tak boleh hentikan perjalanan ke Bali. Kita mesti teruskan penerbangan”.

Jadi, kami lancarkan kempen ‘Love Bali‘. Kami berikan 10,000 tempat duduk percuma, dan ianya berkesan!. Kesemua  10,000 tempat duduk habis dalam masa 1 minit. Dan semua yang dapatkan tempat duduk percuma beritahu semua kawan mereka di media sosial.

Pengiklanan terbaik adalah pelanggan anda.

5) Leverage Social Media

Apabila rakyat Malaysia dapat tawaran yang menarik, mereka akan beritahu seluruh dunia. Jadi, 10,000 orang yang pergi ke Bali dan seronok di Bali, memberitahu 10,000  orang tentang keseronokan yang mereka dapat di Bali. Inilah kelahiran awal sosial media untuk Air Asia. 

Kami sedar mengenai kehebatan sosual media awal-awal lagi. Jadi, apabila Facebook dan Twitter muncul, kami  gunakannya. Kami antara pengguna terawal. Kami sekarang mempunyai 32 juta orang pengikut dalam pelbagai platform sosial media, dan 7% bisnes kami datang dari sosial media. 

Kempen Love Bali mengajar kami pengiklanan terbaik adalah pelanggan sedia ada.

 

6) Jangan Takut dengan Aduan

Aduan sebenarnya adalah kajian market percuma. Si pengadu telah mengambil usaha untuk menulis dan beritahu anda apa yang tak betul dan bagaimana untuk anda menjadi lebih baik. Syarikat mengeluarkan banyak duit untuk membayar penasihat untuk mendapatkan nasihat yang sama. 

Jadi, kami menghargai setiap emel. 

 

7) Fokus kepada Satu Imej Apabila Buat Branding

Pada peringkat awal, hanya ada perkataan ‘AirAsia’ dan logo burung untuk branding kami.

Jika anda lihat kepada jenama terkenal di dunia, hanya ada 1 imej yang terbayang di kepala anda. Apabila saya sebut “Shell,” anda terbayang logo Shell. Apabila saya sebut “Coca-Cola,” anda fikir perkataan ‘Coke’ dalam italics, dan bila saya sebut “Nike,” anda fikir mengenai swoosh.

Jadi, berbalik kepada brand AirAsia pada peringkat awal, kami buang gambar burung dan kami gunakan ‘AirAsia’ sebagai logo kami. Hanya 1 imej. Kenapa keluarkan duit 2 kali ganda untuk promote  2 imej?

Kami juga buang warna biru dan hijau. Saya cuba sedaya upaya untuk tidak menggunakan merah, sebab semua orang fikir saya nak jadi Richard Branson [Founder Virgin Group founder, juga bekas bos Fernandes] … Tapi ianya warna yang terbaik, jadi kami pilih merah.  

Jadi, YA! Warna memberikan perbezaan yang besar!. 

 

8) Turun Padang

Apa yang saya lakukan – walaupun saya dah tak buat lagi perkara ini – ialah sebulan sekali, saya akan bawa beg, jadi cabin crew (member), dan juga berada di kaunter check-in

Saya lakukan ini atas 2 sebab :

Yang pertama : Anda tak boleh jadi CEO yang berwibawa melainkan anda turun ke padang dan rasai situasi sebenar. 

ini kisah benar. 

Pasukan pengendalian bagasi memberitahu saya bahawa mereka memerlukan belt loaders. Saya jawab “Tidak, kita tidak boleh membeli itu kerana terlalu mahal.”

Jadi, satu hari, saya ditugaskan membawa beg. Mereka letakkan saya dalam satu flight ke Indonesia. Penumpang yang terbang bersama kami biasanya bawa isi rumah bersama mereka, tetapi orang yang terbang ke Indonesia biasanya bawa bersama isi rumah jiran mereka sekali! 

Jadi, ada banyak sangat beg. Sakit pinggang saya. Kemudian, saya beritahu tim saya yang mereka betul dan saya salah. Saya buat keputusan untuk beli belt loaders.

Jika saya tak turun padang, dan hanya duduk selesa di pejabat, saya akan buat keputusan yang salah, rosakkan banyak beg, dan boleh menyebabkan kekecohan.

Sebab kedua ialah saya nak cari bakat baru. Saya tak mencari orang lulusan Oxford atau Cambridge, saya mencari orang yang memiliki Grade 3 SPM [bersamaan dengan O Levels]. Saya mencari orang yang memerlukan peluang kedua. 

tony fernandes bisnes quotes hire

 

9) Jangan Pandang Rendah Potensi Staf Anda 

Saya langgar semua undang-undang pengambilan pekerja. Pada saya, asalkan anda mempunyai impian, anda boleh lakukan apa sahaja. 

Ada seorang bekas cabin crew –  suatu hari, dia datang kepada saya dan beritahu saya impian dia untuk jadi pilot. Saya beritahu dia untuk kejar impian dia. 

Kemudian, satu hari, dia telefon saya dan tanya sekiranyan dia boleh ambil bahagian dalam Miss Thailand [Ratu Cantik], dan saya jawab “Okay, asalkan saya boleh gunakan gambar dia sebagai bahan pemasaran”. 

Dia menang sebagai Ratu Cantik Miss Universe Thailand dan  baru-baru ini jadi Kapten – Jadi , kami satu-satunya syarikat penerbangan dalam dunia yang mempunyai Miss Thailand terbang bersama kami. 

Pengajaran dari cerita ini, kami mempunyai struktur yang sama rata – dia dibenarkan beritahu kami impiannya, dan kami boleh buat berlian mentah bertukar menjadi berlian. 

Kami ada banyak lagi kisah seperti ni. 

Aset terbesar kamu, selain dari idea kamu, adalah staf anda – kerana orang-orang inilah yang akan menjadikan idea kamu kenyataan. 

tony fernandes bisnes quotes employees is number one

10) Data is king

Kami mempunyai data yang banyak tapi kami tak tahu apa nak buat dengan data tu, tapi semua orang nak data kami. Jadi, kami dapat rasakan yang data ini mestilah sesuatu  yang sangat penting dan mesti ada peluang bagus dengan data ini. 

Kami melaburkan dalam beberapa usaha. Kami merancang untuk melancarkan TripAdvisor versi kami sendiri, YouTube baru dan banyak lagi – data akan memainkan peranan penting dalam usaha ini. Data will be king.

 

DOWNLOAD FREE Ebook Teknik menjual
Masukkan nama dan emel anda di bawah untuk dapatkan tips Teknik Menjual yang Dapat Tingkatkan Jualan Anda 2x Ganda dalam 12 Bulan.